memory of 2011

salam :)

baru sebentar tadi aku tulis entry .
dan tibe tiba aku dapat idea :)
hihi

setelah aku fikir-fikirkan balik , 2011 memberi banyak makna , memberi banyak pengajaran kepada aku . terlalu banyak .

2011

# berpisah dengan seorang lelaki yang sangat memberi impak dalam hidup aku . tak perlu laa aku perkenalkan siapa , kerana aku rasa , mereka yang kenal aku cukup tahu siapa orang yang dimaksudkan .

# masuk rekod dalam hidup aku mengambil tempoh yang sangat lama memegang status SINGLE , ye single . kalau beritahu pada rakan sekolah aku sudah tentu mereka tidak percaya aku sudah memegang setahun status single . dan ya . aku masih single dan belum terfikir untuk menukar status tersebut .

# 2011 tahun terakhir untuk aku memegang status TEEN . yaa . nineTEEN :) haha . nanti dah masuk 20 dah takde dahh gelaran teen tuu . tapi ape ade hal . aku masih tetap muda . #perasan

# aku habis zaman matrikulasi dengan tak berapa jayanya pada 21 April 2011 . dan aku telah meninggalkan semua kenangan manis dan pahit aku disitu . sungguh , aku tak mahu mengingati semuanya yang berlaku disitu .

# berkerja di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Yayasan Negeri Sembilan contract selama 3 bulan dengan gaji yang sangat masyuk , dan gaji itu hilang entah kemana , hehe . dan mendapat rakan kerja yang sangat best :)

# mendapat tawaran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia :) menyambung pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat selama 3 tahun setengah . dan daftar pada 7 September 2011

# di UTHM , berkenalan dengan ramai orang yang banyak ragam . dan kadang kadang terpaksa untuk menerima semua pahit manis di sini :')

# first time tak sambut new year ngn family -.-''

# aku lulus JPJ 2 kali ! haha . alhamdullillah dah lulus  :)

#aku dapat merasa pakai Blackberry , hehe . thanks to ayah sebab sudi support belikan BB :) sayang ayahh !

haha , aku tak berapa nak ingat lagi laaa . tibe tibe idea hilang . bak kata membe aku , Short Memory Lost . hahaha , dah terasa macam orang tua pulakdahh . btw , aku rasa dah banyak sangat ni aku merepek . heee . okaylaahh :) see you soon :)

salam

Comments

MeEr Mira said…
Nice! aku da follow blog kau,feel free to follow mine, http://meermira.blogspot.com/ =D

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

pesta konvo uthm ada banyak barang murahhh !