muncul

oh hell-o :)
assalammualaikum :D

haii . sudah lama aku tak menjenguk blog kesayangan aku ni . sehatkah beliau . sakitkah beliau . sungguh . sungguh aku tak mengambil tahu . kesian sungguh beliau . bukan aku sengaja untuk membiarkan . bukan sengaja untuk aku menganaktirikan . bukan sengaja untuk aku meninggalkan . sungguh aku kekangan waktu . demi mengejar cita cita dan matlamat , aku terpaksa melupakan sebentar akan kehadiran blog ini . sungguh aku meminta maaf . 

wahhh . berbungaa ayat gituu bukan ? heheee , dah lama tak bermadah pujangga . dah lama tidak menaip meluahkan rasa . sangat lama . boleh dibilang dengan jari dalam sebulan hanya berapa kali aku mengemaskini blog kesayangan aku ni . ye , aku mengaku aku rindu . rindu untuk meluahkan rasa . rindu untuk berkongsi cerita . takkan mereka tahu bagaimana perasaan aku tika ini 

FINAL .
yeahh , final semakin menghampiri , dan aku masih berfoya-foya dengan dunia khayalan yang aku cipta sendiri . **apakah ? nothing much to say . i dunno whether my life in this UTHM getting more worst or fine . ntahh . kadang kadang aku terpaksa hadapi bnde bnde yang aku sendiri rasa tak mampu untuk aku lalui . tapi aku tahuu , tuhan takkan menguji hambanya di luar batasan kemampuan mereka . ** correct me if i'm wrong . btw , i'm still alive . hehe , kalau tak , siapa lagi yang mahu mencoret kisah suka suki sang pencinta setia , fifie izyani roslan . #wah 

2-3 minggu yang lalu , aku telah pergi ke kem yang sepatutnya dihadiri dengan student student yang pasif lagaknya . ntah di mana silapnya , peserta peserta yang menyertai kem tersebut bukanlah seperti yang dijangka . semua yang datang kepala yang dikatakan gila-gila yang lebih kurang macam penulis blog ini . di mana mulutnya sangat becok , tak berhenti  bercakap dan penuh dengan idea yang sangat tidak masuk akal .

aku tidak mahu cerita suasana disana . biarlah hanya kami yang berada di kem tersebut menyimpan segala memori dan segala kenangan yang ada . hehe . 

sedar tak sedar dah panjang rupanya aku menaip dengan lagak yang kononnye sangat matang sedangkan aku yang menulisnya sndiri tersengih kegelian dengan penulisan aku sendiri . aku undur diri terlebih dahulu . maaf jika terkasar bahasa :)


p/s : sungguh korang tak percaya ini fifieizyaniroslan bukan ?





Comments