perancangan

assalammualaikum semua.

haa dah lama sangat dah ni tak hapdet blog. bukannya ade pembaca pun. kecik hati ini thau. tapi takpe. blog ni masih mendapat tempat dalam hati tak kira dimana juga aku berada. cewah hamboi ayat taknak kalah.

alhamdulillah masih dikurniakan nyawa dan diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni.
selamat tahun baru bagi umat islam di bumi di dunia dan di mana-mana sahaja. semoga dengan terbukanya buku baru dalam hidup kita ni dapat berkurangnya dosa dan lebihkan pahala insyaAllah.

by the way, aku tatahu ape tujuan aku update blog ni pepagi buta macam ni. just terasa nak menulis. teringat. terkenang. dan berkongsi rasa hati di blog ini selain berkongsi luahan rasa dengan tuhan yang maha esa. hee cakap macam bajet2 alim je. tapi manusia juga perlukan perubahan aite. so, i'll try my best untuk melakukan anjakan paradigmaaa. tudiaaa. haha

okay. first aku nak cerita pasal sakit gigi aku yang tak hilang hilang lagi ni. korang ade solution tak macam mane nak hilangkan sakit gigi ni. sekarang aku hanya bergantung pada panadol je. asal sakit makan ubat. asal sakit makan ubat. ntah sampai bila ntah. takkan aku nak cabut. gigi kekal kot. dah pelik muka aku kalau aku senyum gigi depan bawah lopong satu. apekah ? hm, kalau ade solution, share share laa dengan aku ye dak ? makasehhh :)

next. rasa hati. hm cakap pasal hati ni mesti akan jadi entry yang panjang melebar bukan. fuh fuh kalau boleh aku nak elakkan masalah hati yang kronik. yang penuh hasad dengki. yang penuh sikap pentingkan diri. hm, aku tak tujukan kepada sesiapa. just aku terasa manusia sekarang semakin kejam mungkin. takpun aku je yang berperasaan macam tu dan mudah sangat terasa hati. mengapa ye agaknya. takpelah. benda tu takde laa kronik sangat sampai aku nak berdendam. haih mintak dijauhkan. aku taknak berdendam dengan sesiapa lagi2 dengan orang yang aku rapat. orang yang aku sayang. biarlah mereka yang berdendam, biarlah mereka yang mementingkan diri sendiri.

lagi benda sedih. jodoh. haaa aku bukan nak cakap pasal jodoh aku yang ditentukan oleh kedua ibubapa aku. aku tahu kalau aku mengikut pilihan mereka, aku dah tahu siapa calonnya dan sudah tentu aku akan menolaknya. ceh padahal baru umur 20 tahun aku dah cakap pasal jodoh. apekah ? belajar pun tak habis lagi. ye dak ? okayy aku tahu takde sape pun yang berminat nak membaca ape yang aku tulis ni. saje nak cakap, buat masa ni aku belum terbuka lagi hati aku untuk menerima sesiapa dalam hidup aku. tapi kalau nak jugak, terus hantar merisik ke pun boleh jugak. okay ini gatal.

kalau ditanya siapakah yang aku cari aku akan jawab , seseorang yang tidak pernah aku kenal, seseorang yang boleh membimbing aku ke syurga, seseorang yang boleh menjanjikan kebahagiaan, dan seseorang yang blablablabla. ha takde idea. kalau aku cakap aku nak bercinta lepas kahwin boleh ? tapi kekadang aku terasa jugak nak bercinta sebelum kahwin. haha ntah laaa. mungkin perancangan Allah lebih baik bukan ? aku terima seadanya. kalau bukan takdir aku untuk bercinta sebelum kahwin takpe, mungkin bercinta lepas kahwin lagi banyak manisnya ? haha dah aku kenapa cakap pasal kahwin -.-''

oh semalam aku jumpa someone yang pernah aku sayang. eh tak. masih sayang. eh tak jugak. ha someone yang pernah aku rasa aku ingin jadikan pasangan hidup mati aku boleh ? hahaha lama dah kenangan itu semua berlalu. kadang-kadang aku rindu. aku manusia biasa. terkadang takdelah mampu sangat nak menhan rasa tu kan. so, biarlah dia tatahu aku rindukan dia. untuk kembali pada dia? probability zero kot. and it same goes to any guys yang aku pernah kenal. kot. perancangan aku je tu. perancangan tuhan ? Dia lebih mengetahui :)

so, aku rasa macam dah panjang sangat je nih aku taip. selamat tahun baru dan salam maal hijarah kepada kaum muslimin dan muslimat. moga tahun baru lebih barakah dari tahun sebelumnya :) amiinnn.

Comments

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

mungkin minda menjadi terlalu penat