tanggungjawab

assalammualaikum wbt pembaca sekalian :)

okay sambil ditemani lagu-lagu yang aku rasa aku suka dengar bila aku bukak lappy, aku terasa nak menaip harini. tapi tapi dan tapi, kalau korang rasa lagu ni macam mengacau je emosi korang, aku minta maaf dan sila-sila tekan button pause kat bawah tu. tapi kalau taknak baca, unfollow laa aku. kesian nanti korang nak kena baca hapdate dari aku pulak kan :) peace !

ehem. jangan pelik intro aku macam tu. entry kali ni awal-awal aku cakap quite panjang. aku nak cakap pasal tanggungjawab.

as korang korang pernah baca before ni, i have some problems related to my beloved friends. tak. bukan ade masalah dengan diorang. masalah aku sendiri. mainan perasaan aku sendiri yang terkadangkala terasa dipinggir, disisih dan sewaktu dengannya. sadis bukan ? ade aku baca, disaat kita disisih oleh orang sekeliling kita, disaat itulah kita mendekatkan kita dengan pencipta kita. iye itu yang aku cuba lakukan.

so, ape kaitan dengan tanggungjawab ?

ada satu situasi dalam kereta ade seorang sahabat menegur dengan cara halus mungkin :

"sampai bila kau nak macam ni. tanggungjawab mane ? dengan kerja lagi. dah ade jawatan dah pun"

dan secara tak langsung, aku semaca tersentap dan terus berfikir, adakah ini petunjuk yang tuhan mahu berikan kepada aku. sungguh, aku malu untuk berhadapan dengan mereka. sungguh aku katakan. aku malu. apatah lagi mahu mengucap terima kasih atas teguran itu. semoga tuhan kurniakan yang baik-baik sahaja kepada dia.

*terima kasih sayang sebab menegur tegur aku secara tak langsung"

so, sekarang nampak ape masalah aku ? ye, aku lalai dengan tanggungjawab yang aku ada.

tanggungjawab kepada tuhan ? sungguh tidak sempurna lagi tanggungjawab aku kepada pencipta aku.
tanggungjawab kepada agama ? masih banyak lagi kekurangan aku disitu.
tanggungjawab sebagai anak ? anak pertama lagi ? masih lagi bersandar memahut pada kedua ibubapa aku. tiada langsung langkah untuk berdikari walaupun membesar di asrama since 13 tahun.
tanggungjawab sebagai kakak ? kurang 30%.
tanggungjawab sebagai sahabat ? sangat terasa diri ini tidak membantu sahabat2 yang lain.
tanggungjawab sebagai pelajar ? masih belum mampu memuaskan hati diri sendiri, lecturer dan lain-lain
tanggungjawab sebagai ahli kumpulan ? langsung tak membantu
tanggungjawab sebagai ketua ? kalau mereka diberi pilihan, aku tidak tersenarai langsung untuk menjadi ketua.

masya-Allah. semalaman aku berfikir tentang ini. sungguh aku lalai. banyak sangat tanggungjawab aku abaikan. aku biarkan. aku terus hanyut dengan duniawi. seandainya aku dicabut nyawa semalam, apa aku boleh jawab ke nanti disana.

aku bercerita bukan untuk membuka pekung didada. bukan juga untuk menunjuk aku bangga dengan diri aku sekarang. aku cuma mahu berkongsi ape yang aku rasa dan aku berharap ade insan yang berada di tempat aku turut merasakan yang sama dan pasangkan niat untuk berubah bersama-sama. insyaAllah.

bukan senang untuk berubah bukan ? tapi sentiasalah beristiqamah. dengan izin-Nya, segalanya akan dipermudahkan.

mungkin tergantung tapi aku tatahu bagaimana lagi untuk aku luahkan melalui kata-kata. aku memerlukan tangan yang boleh membantu aku bagi menunaikan segala tanggungjawab yang ada. yang sentiasa ada untuk menegur aku, membimbing aku dan bersama aku susah senang. dan aku bersyukur dengan sahabat2 yang aku ada sekarang.

semoga kita sama-sama langkah kehadapan. jangan toleh kebelakang lagi. insyaAllah :)

salam

Comments

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

mungkin minda menjadi terlalu penat