kembali

assalammualaikum w.b.t

alhamdulillah. setelah update entry yang sebelum ni aku terasa aku mula bertanggungjawab dalam hal hal yang patut aku lakukann. betul kata orang. bukan senang nak pikul tanggungjawab. dan terbukti benar "benda yang paling berat dalam dunia adalah amanah" *terdiam

masyaAllah. berat. sangat berat. sempga aku sempat menunaikan segala amanah serta tanggungjawab yang diberikan sebelum aku dihembuskan nafas terakhir. insyaAllah.

tadi. aku buat solat hajat. *terdiam lagi.

ya tuhan. lama sangat aku tinggalkan ibadat yang satu ni. ibadat yang dulu ketika sekolah hampir setiap hari aku lakukan. itupun mahu balasan moga diberikan keputusan yang baik. ikhlas ke aku waktu tu ?

tadi aku nangis. *nangis

sujud terakhir aku nangis. banyak sangat dosa yang aku lakukan. tak terkira. "andai dosa itu berbau nescaya kita takkan keluar rumah kerana malu". *terdiam lagi.

motif aku update benda ni ? bukan nak menunjuk. jauh sekali meriak. aku mahu benda ni tertulis moga bila aku terlalai ketika imanku menurun, aku mahu segera tersedar dan kembali meningkatkan semula.

semoga tak disalahtafsir.

ps : terima kasih kpd yang menulis blog yang mengingatkan aku tentang semua ni.
ps : semoga hati menjadi lebih tenang.
ps : update guna fon. kalau ade typo faham faham je la :)

semoga bertemu lagi. wassalam.

Comments