Tahniah kawan :)

salam :)

hai. lama gila tak jenguk blog ni. rasa macam semakin lama semakin dianak tirikan. semakin lama semakin jauh hati untuk menulis. tapi bila dah ada niat nak menulis takde isi pulak nak letak. sangat tidak senonoh. eceh.

just kali ni, aku update hanya kerana mahu menghebahkan tentang perkahwinan sahabat sekolah aku. ye. beliau sebaya dgn aku. dua puluh satu tahun. 21 tahun. tahniah kerana dah berkahwin dengan pilihan hati dengan restu ayah dan juga bonda mereka.

seronok.
perasaan itu.
seronok dapat melihat mereka mendirikan masjid.

sampai satu tahap aku pun terkadang ade berangan juga. entah bila jodoh aku sampai. dengan siapa akan aku dikahwinkan. tapi kita manusia biasakan. tu semua kerja Allah. kita hanya merancang. berusaha. berikhtiar. tapi tuhan yang tentukan bukan ?

"andai benar dia ditakdirkan untuk aku, satukan lah hatiku dengan hatinya"

ameen.




ps : lima tahun lagi mungkin ?

Comments