selamat hari ibu, mama :)

salam :)
sedar tak sedar dah sejam rupanya aku kelaut. konon nak update pasal mother's day sebelum pukul 12. tetiba je dah pukul 12. tapi takpe. still boleh update apeee. takde sape pun kesah. hari hari punn hari ibu.

kalau dah hari hari, hari ibu, maka rosaklah akidah ? haha paropp parop. depends. bergantung pada tahap iman masing masing. setakat ini, alhamdulillah sepanjang aku menyambut hari ibu, takde lah rosak pun akidah aku. InsyaAllah. tapi takde la sambut mana. sebab aku kat Johor. mak aku kat Seremban. mana taknyee nak sambut. wish dari jauh jee laaa. ye dok ?


puii. orang lain dok sebok letak lama dah gambar dengan mak memasing kat instagram, kat facebook, kat twitter segala bagai, aku baru ler nak letak kat blog ni. takpe. biar lambat asal selamat. kfine. takde kaitan.

okay. dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada Puan Azizah binti Sandi yang telah bersusah payah melahirkan aku yang hampir berusia 21 tahun ni. eh? dah nak 21 tahun dah ? kaayy tak lawak.

takde ucapan panjang pun yang aku nak berikan. cuma aku ingin memohon kepada Allah, agar beliau senantiasa diberikan kesihatan yang baik, jauhkan segala keburukan, malapetaka kepada beliau. kerana ape. kerana aku ingin beliau hidup lebih lama di dunia ni. melihat aku berjaya. melihat aku kahwen. eh ? okayy tak. sebab ape. sebab aku tak bersedia lagi untuk kehilangan dia. 

mohon tuhan perkenankan doa aku. ameen.

tak dapat banyak yang aku boleh berikan untuk balas jasa beliau selama ni. cuma yang dapat aku beri adalah kasih sayang yang tiada berpenghujung serta tulus dari lubuk hati. eceh. kesat air mata sikit. 

dah. tu je aku taip. kang pepanjang kang, basah pulak laptop aku ni.

assalammualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

mungkin minda menjadi terlalu penat