Posts

Showing posts from October, 2013

13 hari

13 hari.
aku bagi peluang untuk kau lupakan aku.
mampu ?
aku tahu kau tidak mampu.

tapi kau mahu luka yang lebih dalam ?
kau mahu luka yang pernah kau rasa dulu datang kembali ?
tidak bukan ?

aku dah terangkan sejak mula lagi.
aku tidak pasti dengan perasaan sendiri.
mungkin kau tidak akan memahami.
ye. kau tidak akan memahami.

berilah kau seribu kali penjelasan.
kau tidak akan faham ini perasaan.

mungkin aku belum bersedia untuk buka hati ini lagi.
mungkin aku juga takut untuk menerima lagi.
teringin sekali untuk kau mengerti.

jauhi aku.
lupakan aku.
selagi kau termampu.

kau tahu.
aku hanya mampu berkata disini.
tiada kekuatan untuk berkata didepan kau.

dan aku tidak tahu mengapa.
sekali lagi aku kata.
aku keliru.

mohon kau pergi..