tahun baru !

01-01-2014

bermula episod baru untuk tahun masihi.
tahun baru sudah. 
2013 berakhir dengan sempurna dan akan aku sambut 2014 dengan terbuka :)

sungguh. 

2013 banyak memberi makna kepada aku yang masih lagi bergelar sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang perempuan dan seorang hamba Tuhan yang maha Esa.
banyak pahit manis yang telah aku telan sepanjang 365 hari aku bernafas pada 2013.

tak banyak yang aku boleh cakap.
tak banyak benda yang aku boleh tulis kat sini.

biar.
biar semua kenangan yang indah tersimpan semat dihati.
biar tidak semua orang tahu.
biar satu hari nanti aku tersenyum seorang diri mengenang kembali kenangan-kenangan indah itu.

terima kasih.
terima kasih tak terhingga kepada orang-orang ini yang banyak bantu aku dalam susah senang suka duka aku; 
terima kasih kepada tuhan yang kurniakan aku kekuatan dalam menjalani kehidupan.
terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi dorongan.
terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi bantuan.

dan terima kasih kepada kau.
kau yang sentiasa ada untuk aku.
kau yang sentiasa bersedia untuk aku.
kau yang sentiasa memberi masa untuk aku.
kau yang sentiasa sanggup menunggu aku.
kau yang sentiasa mengungkap kata-kata indah untuk aku.

terima kasih tak terhingga. 

sungguh.
aku sayang semua.

semoga 2014 indah untuk aku.

p/s : azam 2014 masih lagi rahsia. hehe :D

Comments

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

mungkin minda menjadi terlalu penat