Skip to main content

setelah empat bulan setengah

sekarang dah bulan berapa ? bulan 9 eh ? kira nak masuk bulan 10 la ni ? mak aihh. dah nak dekat lima bulan jugak aku tak update blog keshayangan beta ni. eh jangan nak keshayangan sangat. haha >.<

eh hai sorry tersyok sendiri pulak. haha padahal bukan ada orang baca pon yang aku acah-acah malu nak syok sendiri. em em em. haaaaiii lagi. berapa kali nak hai aku pon tatahu. err kekok rasanya nak taip balik kat blog ni. 


*****

hai. sorry mukadimah yang sangat keanak-anakan dan merepek. sedar tak sedar blog aku ni makin aku tinggalkan. mungkin sebab dah banyak sangat aplikasi yang lebih mudah untuk update sebarang aktiviti yang kita buat, yang aku buat. yelah kalau dua tiga tahun lepas manalah kenal twitter instagram semua tu, ape-ape mesti update kat blog sambil dengan takmalunya upload gambar syok sendiri (sekarang orang panggil selfie) untuk ditayangkan sebesar-besar alam kat sini. tolong ampunkan masa lalu aku tu. haha

eceh, konon macam matang sangat lettew taip dengan lenggok bahasa yang mendatar dan acah-acah matang ? heh matang ke ? 

okay camni sebenarnya, aku sekarang ni (detik sekarang ni) tengah menunggu tepatnya waktu pukul 5.30 petang untuk memulangkan diri aku dari tempat aku praktikal sekarang. say what ?! fifie dah praktikal ? yes ! aku dah praktikal sekarang. lagi tiga bulan je lagi untuk aku habiskan latihan industri aku ni. yang aku harap semuanya berjalan lancar and of course lah aku nak lulus. tak sanggup beb nak kena repeat nak kena carik company nak kena buat sistem nak kena buat tu buat ni. tak sanggup ! kau pergilah tanye mana-mana budak intern, sanggup ke tak kalau kena repeat :')

tapi lepas tiga bulan aku takde lah terus grad. aku grad bulan november tahun 2015 kang ! (mohon bawak bunga and teddy bear bebanyak) tapi tapi tapi yang menyedihkan sekarang (er korang rasa tak aku tengah sedih ni?) lepas je praktikal habis bulan 12 ni, bulan satu aku kena pindah sarawak. say what ?! yes. sarawak ! sebab ayah aku kena tukar sana. sebab ape ? sebab em sebab em sebab nantilah aku cerita.

tapi tapi, aku taknak. nanti aku dah jauh dengan si dia-bakal-suami-aku-yang-dikasihi. eceh. doakan lah aku dia jadi suami aku. cakap kan satu doa. ehh. hahaha. okay. haa nanti aku jauh dengan dia and of course kalau nak jumpa nanti makan duit yang banyak. and tiga tahun memang lah dengar macam sekejap, tapi kalau dan semenanjung -sarawak kau terseksa ? ha gitu. 

*****

penat paham. padahal baru taip 10 minit.

*****

em em aku kan, tak terasa nak sambung cerita. nanti nanti lah eh aku sambung. ha ye aku tahu aku syok sendiri konon macam ada pembaca je blog ni. wahahaha. okay dah. aku nak kemas-kemas aku nak balik. nanti aku update lagi. (baca beberapa bulan akan datang) okbai !

ye aku tahu aku tak membesar

Comments

Popular posts from this blog

Life Update 2 : Berkahwin

~ setelah hampir setahun berlalu ~

Hi and Assalammualaikum !

Malas nak cakap sorry sebab lambat update ke ape sebab blog ni mana ada readers ! aku sorang je peminat setia amoyykacak ! hahahhaa. okay kali ni just straight to the point aku nak cerita life update aku yang seterusnya, KAHWIN ! yeay !

Haa dulu kalau baca post2 aku yang lama mesti macam aku asek nak fikir pasal relationship laa ape la kan. now aku dah selamat dah berkahwin ! dah setahun 5 bulan dah chuools, alhamdulillah :)

So ! aku nak cerita laa serba sedikit tentang perjalanan aku sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

SEBELUM -- kayy sebelum berkahwin ada beberapa proses yang kau kena buat. aku listkan as point je laa eh :

1. pergi kursus kahwin - yang ni wajib kayy ! kalau kau tak g kursus kahwen kau takkan dapat sijil tu pastu senang cite kau tayah la kawin hahaha
2. daftar kahwin - yang ni kau kena laa daftar untuk berkahwin. camne nak daftar tu, kau kena refer dengan majlis agama islam tempat kau. ada yang boleh daft…

Life Update 1 : Bertunang

Hi Assalammualaikum semuaaa ! 
Its been awhile (awhile laa sangat) since aku tak update blog ni. So since aku ada laa sikit masa lapang ni (sewaktu bekerja), aku cuba untuk update sesuatu bagi memeriahkan semua blog yang sendu ni. 
Jadi, seperti tajuk yang korang baca, aku nak update pasal bertunang. Okay, bagi sesiapa yang tidak mengenali aku or yang tidak berminat pon nak ambil tahu pasal aku, saje aku nak bagitahu now aku dah kahwin and insya-Allah bakal ada anak sorang soon ! so, before life aku hectic pulak dengan anak aku, blog ni plan nye aku nak update mengikut kronologi hidup aku bermula dengan fasa "bertunang". 
*taknak baca boleh pangkah awal-awal, mohon jangan kecam sis, ni sekadar untuk memori sis je nanti*
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
okay mukadimah yang sangat panjang. jap lagi content…

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

hehe amacam. seronok tak baca part 1 tuuu ? hahaha sorry sorry. kali ni aku cuba create entry yang penuh berilmu kayy semoga senang orang carik pakej and itinerary hiks 
Kitorang ambil flight pagi pukul 7:10 pagi. Sampai krabi pukul 7:30 pagi waktu krabi camtu. Kat sana lambat sejam okay. so korang jangan terperanjat plak kenapa flight korang 20 minit jee. hahaha padahal aku pon pelik gak memula dulu. okay okay back to the point.
Sampai2 je sana, macam biasa. mestilah cari transport nak ke Aonang. korang jangan risau. kat situ bersepah ada. kitorang sewa van. kalau dalam airport tu, korang keluar2 je dari imigresen tu, booth dia tepi kanan sekalii. sorry lupa nak ambil gambar. kitorang ambil van je lah sebab 8 orang kan. 
so satu van rege 1050 baht/van. bahagi dengan 8 so sorang dalam 130 baht sorang. boleh la. sebab kitorang malas nak buang masa ambil bas tambah tambah lagi kitorang TAK PLAN PAPE PON LAGI aktiviti aktiviti kat sana. dats wai laaa ai tel u nak cepat kayyy.
so perjala…