perancangan untuk masa hadapan ?

hai assalammualaikum :)

tetiba aku dapat satu ilham untuk menulis entry tapi tapi aku nak bagi warning awal-awal yang entry kali ni mungkin agak berterabur sedikit sebab aku malas nak rangka. jadinyaa, aku akan menulis sesedap rasa tanpa menyusun atur bahab-bahan apa yang perlu aku letakkan terlebih dahulu. eceh mukadimah kau fifie.

*****

macam biasa aku punch in card aku memang tepat pukul 8.29 pagi sebab waktu bekerja di tempat aku bermula pada jam 8.30 pagi. (mohon faham aku seorang yang punctual okay). tapi tapi tapi se punctual2 aku pon, takde la aku nak terus start buat kerja pukul 8.30 pagi, heh haruslah aku buka segala facebook, twitter, blogger dan juga instagram (ehem kira 4 perkara wajib sebelum start buat kerja) untuk ketahui segala update terkini. then sedang aku scroll-scroll facebook, aku tatahu lah mana datang dalam kepala aku seperti "kenapa sekarang aku dalam bidang IT? padahal dulu punya gila minat dekat matematik"

hm. untuk pengetahuan korang, em mungkin kenalan rapat aku tahu benda ni. sepanjang 19 tahun hidup aku macam ditentukan oleh ayah aku (ehem no wonder lah jadi manusia sekarang ni kalau tak errr thank you ayah). sebab ayah aku kan tentera. so aku sekolah mana ape semua dia yang tentukan. and fyi, dia sangat menitik beratkan hal ehwal pelajaran aku serta adik-beradik aku. and alhamdulillah upsr aku dapat laaa 5A itupun sebab dipaksa belajar. haha kau bayangkan dia balik kerja pukul 7 malam, pukul 8 malam dah duduk sebelah aku sampai pukul 10 malam semata nak pantau aku belajar fokus bebetul. and paling paling terharu laa aku cakap ngan korang, hari first upsr aku demam sebab takut kot, then ayah aku tunggu aku dari pagi sampai lah habis sepanjang 3 hari upsr tuu. nasib dapat 5A, kalau tak mesti kesian dia mungkin rasa tak berbaloi dia korban kan untuk aku semua tu kan. hihi 

then, aku dah dapat 5A, ayah aku jugak yang beriye carikan aku sekolah berasrama penuh ke kann, daftarkan aku, dia jugak beriye tanye pakcik aku yang ada kenalan MARA kot boleh masukkan aku ke MRSM ke tak. huu empat bulan pertama form 1 dulu aku fikir mungkin takde rezeki laa kot aku nak masuk memana SBP or  MRSM ke ape kan, tapi alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, aku dapat masuk MRSM Pontian. and kau tahu, seminggu je aku mampu bertahan tanpa ada rasa homesick whatever semua lah kann. then masuk je minggu kedua, aku sebok dok ngadu kat parents aku nak balik taktahan ape semuaa. tetiap malam pulak tu aku call. time tu guna telefon yang reverse call tu, acane berfungsi aku pon dah lupa dah. hewhew. and tetiap malam jugak ayah aku dok tenangkan aku cakap aku kuat aku boleh teruskan semua ape benda laa kan. mak aku ada cakap yang ayah aku cakap kalau aku tak tahan sangat, takpelah sekolah je biasaa. tapi i made it ! yeay ! haha aku mampu teruskan sampailaaa PMR. time PMR aku fikir mungkin aku tak dapat sambung sebab aku ni bukannya pelajar berintelektual tinggi. sepanjang 3 tahun ( 6sem ) aku kat MRSM tuu, sem ke 5 je aku berjaya dapat 3 pointer. haha tu pon ngam-ngam je. before2 tu aku tak pernah pon sampai 3.00. and then kau nak tahu target aku untuk pmr ape ? 5A je sebab time tu aku tak terror pon BI, SEJARAH dengan SAINS. fuh subjek killer gila babeng time tu aku rasa. tapi alhamdulillah lagi sekali Allah tolong aku, dia bagi 7A 1B. ce teka ape yang B ? hahaha malu aku nak cakap. then again. i made it. aku sambung ke SPM :)

untuk SPM pulak aku rasa peh peh peh sangat mencabar tahuu. time ni aku dah sebok dah start bercintan cintun dengan monyet, eh salah. time tu aku dah terlibat secara tidak langsung dengan situasi cinta monyet. kemain time tu gatai ya-rabbi, memang kalau kenang balik, masyaAllah tak boleh nak dimaafkan langsung. wahahahaha :') tapi takpelah zaman tu dah lepas and nasib baik cinta-cinta monyet aku tu semua sekarang masih contact and elok je kitorang berkawan :) haaaaaa ! kau tahu time spm aku terkenal dengan pelajar lemah subjek SEJARAH and pelajar boleh tahan subjek ADDMATH ! see aku dah cakap kan awal-awal aku minta gilaa dengan matematik. bukan nak bangga, tapi time tu macam seronok bila dapat jadi mentor kengkawan even belom pangkat power lagi.

*** time tu kalau kelas ADDMATH je terus dipecah2kan mengikut kelas yang cikgu dah tetapkan. yang paling power kelas PROF, tengah-tengah DOCTOR, yang last MASTER. hihi time tu aku dok kelas DOCTOR. syok betei ***

tapi mungkin sebab ayah aku bangkang aku bercintan monyet kat sekolah so result spm aku pon takdelah memuaskan. tapi aku sendiri pon boleh assume sebab since form 4 aku sedar yang pon bukan lah peminat fizik, biologi serta kimia eventhough aku ni pelajar aliran sains :') time tu aku rasa jiwa aku dekat math, math, and math. 

tapi tapi tapi last last aku sambung jugak belajar kat Kolej Matrikulasi Melaka dimana aku perlu lagi belajar fizik dan kimia. fuh nasib baik tak belajar biologi dah. oh sebelum tu aku dapat dua tawaran, satu aku dapat Diploma Pengurusan Maklumat di UITM Segamat and lagi satu Matrikulasi. peh kalau ikot minat, aku nak laaa jugak amek diploma tu, tapi atas sebab ayah aku suruh masuk matrik, then aku pon masuk laa matrik dan berakhir dengan pointer tak sampai tiga pon atas alasan aku tak minat and time tu kecewa bercinta. hahahahha bongoknye alasan. hihi boleh terima tak ?

seterusnya permohonan UPU. after keluar result matrik, aku kena update permohonan UPU. kau tahuu, time aku mohon, punya laa aku mintak benda2 yang ada kaitan dengan math, bank, pengurusan yang macam tu laaaa ( kan aku dah cakap aku tak minat sains. so aku takde pon nak mohon engineering ke ape ke hahaha ) tapi kann, lepastu ayah aku mintak username and password nak tengok ape aku mohon. lepas tu dia tukar laaa ape yang dia rasa baik untuk aku dimana pilihan pertama seingat aku civil engineering kedua ketiga aku tak ingat and yang keempat information teknologi. em mungkin sebab result aku tak berapa bagus nak sambung civil, then aku pon tercampak laa ke bidang IT ni haaa yang mana bila aku tahu je aku dapat IT aku terasa down padahal kengkawan sekolah aku cakap, "haaa okay laa tu kena dengan kau". hadeyyy. kecewa paham ! hahaha

tapi takpelah. dah rezeki yang tu Allah nak bagikan, kita terima je lah :') ayah aku pon gembira so aku pon dengan pasrahnya, teruskan jugak :) emmm yang aku tak expectnya, kenapa aku kena belajar programming !!! hahahahahahahahhahahaa okay aku tatahu kenapa aku gelak. ke sebenarnya aku sendiri dah bosan taip pepanjang macam ni. ah lantaklah bukan ada orang sudi baca sampai habis pon ! hehe okay aku syok sendiri. 

and sedar tak sedar sekarang ni aku tengah praktikal dalam bidang IT and sebok laa nak develop system untuk company tempat aku praktikal ni. and you know what, aku ada planning untuk tidak bekerja dalam bidang IT lepas aku habis praktikal semua. kalau boleh aku nak jugak libatkan diri aku dalam bidang pengurusan ke ape kan.. kalau dapat jumpa math lagi sekali kan seronok ! hehe tapi who knows, eventhough kita dok sebok planning, Allah jugak sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu ape yang terbaik untuk kita. 

*****

so, berdasarkan segala pengalaman aku di atas, aku sekarang ni tatahu nak buat keputusan ape. aku dalam proses nak update resume. and aku punya planning kalau boleh taknak laa kerja fully bahagian IT. kalau boleh aku nak laa bahagian pengurusan ke admin ke ape kan. so camne aku nak update resume aku. aku yang patut aku prepare bila interviewer tanye "kenapa dulu amek IT kalau tak minat kerja IT sekarang?" 

i have only two months left untuk decide everything. em ayah aku tatahu lagi ni. and aku ada dapat satu offer kerja as Analyst Programmer tapi dia suruh hantar resume dulu untuk bebetul dia nak pakai aku ke tak sobs :') haha so so sekarang aku tengah buntu. anyone can give your brilliant idea ? 

penat pulak aku taip pepanjang camni eventhough aku tahu takde pembaca pon. ke ada je silent reader ? wahhaha perasan. okay bye :)


p/s : kan aku dah cakap entry berterabur --"

Comments

nurul said…
Kau cari keje ikut market. Pastu tgk minat. Normal je orang kerja lain wlpun beljar lain. Jgn risaulah. Aku dip lain ttbe dgree lain lagi haru. Membazir je 3 tahun dip. Tapi pelan² je kayuh. Masa praktikal tu kau baru boleh tau cmne sbnrnye demand course kau. Mcm aku, masa LI baru tau yg course dip aku tu payah dapat kerja. Goodluck wey

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

mungkin minda menjadi terlalu penat