Cameron Highland

hai hai hai assalammualaikum :)
tetiba rajin pulak kan nak update blog. dok eh. actually tengah malas nak buat kerja, jadinya terupdate lah blog yang sendu sepi ni. hm, takde benda sangat pon nak cerita. cuma nak cerita trip pergi Cameron Highland je. hehe 

Minggu lepas 18 April 2015, tetiba je dak ajoy ni cakap, adeknye si ecah ni ajak bawak mak diorang pergi jenjalan cameron highland, sempena birthday maknye hari isnin semalam. tapi tengah bulan khenn, mana laa nak adenyee duit nak bawak maknye pergi sana. so dak ajoy ni pon cakap malas laaa nak pergi.

hmm. aku malas pulak nak cerita part tu. pungpangpungpang, sampai lah kitorang ke Cameron Highland pada sabtu maghrib tuu. 

kejap. kenapa aku rasa macam sendu je cara aku taip entry ni ? hihi okay jap jap nak amek mood.

haaaa. kitroang check in dalam maghrib camtu. nama hotel kitorang stay tuu kan kan kan hmm jap aku lupa. haaaa Hotel Rosa Pandadena kot. haha sukati aku je. tapi lebih kurang camtu lah. aku tak ingat. lepas dah check in semua, around kol 8 malam camtu, kitorang pon keluar laaa pergi first check point kitorang which was traadaadadadaa :-

1. Night Market Brinchang
kat sini orang cakap boleh laa dapat strawberry murah murah sayur murah murah semua lah murah murah. akan tetapi aku time tu poket tengah kering so takde nyelaa aku nak membeli belah kat situ. aku just beli strawberry kering untuk mak akuu. itu pun sebab mak aku yang pesan. kalau tak, takde lerr aku nak beli pape. hihi. pastu mak si ajoy ni ada beli satu keledek ni. keledek rebus. sedap gilos gua cakap sama luu. haaa gittew. tapi kedai mana aku tak ingat ler. eh penat plak taip. haha dah ngokngekngokngek kat situ, kitorang pon balik bilik titonnn ~

sampai bilik tuu, aku ngan dak ecah ni punya laa plan esok (ahad) nak pergi mana semua khenn tapi sebab internet lembab so takde laaa research yang secara mendalam. so asal cakap je lah. **ohh ini plan last minute sebab tuu takde research nak g memana yang best. sobs. then titon. 

hm esoknyeeeee......

2. Cameron Lavender
haaa yang ni dak ecah laa tengok insta-sape-aku-pon-tak-tahu punya eksaited sebab gambar orang tuu cantikk sangat memacam bunga adaaaa. so, kitorang pon plan nak pergi sini dulu sebab laluan dia keatas (means ke arah simpang pulai, sebab kitorang dari tapah nak balik pon ikot tapah). sampai kat sana dalam kol 9 pagi tuu **ha kan punya eksaited pepagi dah keluar** terus eksaited sebab banyak sangat bunga. tapi tapi nak masuk kena laa bayar. Dewasa RM6, kanak-kanak aku tak sure pulak sobs sebab kitoang mana ada kanak-kanak nak dibawak :P nah aku belanja gambo sikit :D

 


dah dua je. taknak belanja lelebih :p nak tengok lebih, g tengok instagram akuuu.

3. Bharat Tea Plantation
Next checkpoint kitorang kat sini laaa. sebelum ni aku penah gak datang cameron dengan family aku, tapi tak berkesempatan nak singgah sini. so, aku amek laa peluang emas yang jarang-jarang datang ni. hahahhaa. kay ntah pape ntah. so, kitorang pon turun laaa ke ladang teh tuuu nak amek amek gambarrr. ni pon aku belanja sikit gamba yeeee.



eh haruslah ada gambar berdua. nasib baik adik & abang si ajoy ni pandai ambil angle :P then kitorang pon naik ler balikk meminum teh sambil nengok pemandangan yang cantik ni :) **penat paham nak mendaki naik balik tuuu. lepas ni kalau pergi taknak g sini lagi dah ! 

Then kalau nak ikotkan Bharat Tea Plantation ni dah kebawah ni. Actually aku ngn dak ecah ni ingatkan kat kafe sini ada laa strawberry coklat kee waffle kee. rupanya takde. mak aku plak time aku dah otw balik baru cakap tempat tuu atas lagi kat Red Strawberry Farm ke camne ntah nama dia aku pon tatahu. so, macam rugi gak laaa tak dapat rasa semua tu. tapi nak patah balllik pon dah jauh sobs T__T.

4. Air Terjun Lata Iskandar
so demi mengubati kesedihan tak dapat pergi kafe strawberry tu, gigih laa singgah kat air terjun nii yang kat tepi jalan nii. singgah sebab nak amek gambar je pon. idok lerr untuk mandi. dah nak balik dah pon time tuuu :) nah satu jekk gambar ada 


jadi, sekian sahaja cerita percutian bajet ke cameron highland dari aku dan bakal mertua. eh hahhaa kbaii :)

p/s: untuk hotel, minyak kereta dan tol aku tak sure lak berapa. pepandai lah korang bajet berapa. 
p/s/s: tak sabar untuk next trip
p/s/s/s: sukanyaa dapat travel :)
p/s/s/s/s: cameron dah tak sejuk sangat dah



Comments

Popular posts from this blog

Fifie Pergi Krabi: Part 3 - Hari Pertama

mungkin minda menjadi terlalu penat

Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege