Fifie Pergi Krabi: Part 2 - Pakej dan Rege

hehe amacam. seronok tak baca part 1 tuuu ? hahaha sorry sorry. kali ni aku cuba create entry yang penuh berilmu kayy semoga senang orang carik pakej and itinerary hiks 

Kitorang ambil flight pagi pukul 7:10 pagi. Sampai krabi pukul 7:30 pagi waktu krabi camtu. Kat sana lambat sejam okay. so korang jangan terperanjat plak kenapa flight korang 20 minit jee. hahaha padahal aku pon pelik gak memula dulu. okay okay back to the point.

Sampai2 je sana, macam biasa. mestilah cari transport nak ke Aonang. korang jangan risau. kat situ bersepah ada. kitorang sewa van. kalau dalam airport tu, korang keluar2 je dari imigresen tu, booth dia tepi kanan sekalii. sorry lupa nak ambil gambar. kitorang ambil van je lah sebab 8 orang kan. 

so satu van rege 1050 baht/van. bahagi dengan 8 so sorang dalam 130 baht sorang. boleh la. sebab kitorang malas nak buang masa ambil bas tambah tambah lagi kitorang TAK PLAN PAPE PON LAGI aktiviti aktiviti kat sana. dats wai laaa ai tel u nak cepat kayyy.

so perjalanan nak hotel ambil masa dalam setengah jam je camtu. ni ada gambar driver van tu aku ambil saja nak menderemmm kahkahkah. 


dalam gambar nampak macam macho je live nampak macam gengster tapi jangan risau. dia nice orangnyee, pemalu. bila kitoang ajak borak baru laa dia borak. english dia pon okayy takde laa dialek siam ke ape. eh panjang plak aku komen pasal driver ni. next.


untuk hotel pulak kitorang amek hostel: AONANG BACKPACKER HOSTEL. kat sini kitorang ambil dua malam sorang dalam 500baht/RM60. untuk hotel ni even dia dorm, sangat sangat lahh bersih. and orang yang jaga dia pon sangat peramah. hakak bagi 4 bintanggggggg !

actually sebelum sampai ke hotel, driver van ni bawak kitorang pergi kat dia punya travel agency. travel agency mana kitorang tak ingat sangat. tapi aku tatahu la pakej yang kitorang ambil ni berbaloi-baloi ke tidak tapi bagi aku serta kawan-kawan pakej ni sangat laa berbaloi. meh aku cite pakej tersebut.

Harga Pakej : 3120 baht/person (setelah diskaun diskaun diskaun dari 3500 baht/person)
Apa yang kitorang dapat:
A. Pakej 7 Sunset Island Hoping
B. Pakej Phi Phi Island
C. Sewa van ke Krabi Night Market
D. Transport ke airport

Nampak macam sikit kan ? hm meh aku cite ape yang kitorang dapat untuk setiap pakej tu pulak:

A. Pakej 7 Sunset Island Hoping
1. Dapat jelajah 7 gugusan pulau of course ! hhahahaha
2. Snorkeling dua kali
3. Lunch and Dinner include sebab sampai kemalam okayy !!
4. Transport ambik n hantar kitorang
5. Peralatan snorkelling and ticket ke marine park
6. Bot besar (2 tingkat)

B. Pakej Phi Phi Island
1. Dapat jelajah 4 gugusan pulau tak silap termasuk laa tempat yang famous tu ape-nama-aku-tak-ingat
2. Snorkelling dua kali
3. Lunch
4. Transport ambik n hantar kitoang
5. Peralatan snorkelling and ticket ke marine park
6. Speed boat

Untuk C & D tapayah laaa aku cerita details. mesti dah tahu punyaaa kan. So ape pendapat korang ? berbaloi ke tak berbaloi ? hahaha bagi aku berbaloi lah sebab aku dah malas nak carik tempat lain sebenonyeee wakakaka. 

Hm untuk aktiviti2 pakej tuu korang boleh laa carik lain sebab aku nak cerita nanti panjang sangat 10 post pon tak habis cerita. sebab kuasa rasukan menulis pepanjang tu dah merasuk dalam diri ini ecewah kau hiperbola lebih. malas cakap malas. so aku cerita aktiviti2 lain yang aku buat je lah ye.

aku cerita kat next entry. kayyyy

p/s: time kitorang pergi 100 baht = RM 11.25

Comments