entry tak ter'update' - puasa
PUASA
DI BULAN RAMADHAN
Haii
assalammualaikum , lama dah aku tak update blog ni . dah masuk bulan ramadhan
dah pun kan ? so , aku rasa still tak terlambat utk aku ucapakan selamat
menyambut ramadhan al-mubarak . moga ramadhan kali ini kite sama sama lalui
dengan penuh makna , barakah dan topup segala yang terkurang :’)
Masuk
je bulan ramadhan ni mengingatkan aku tentang zaman aku sekolah menengah dulu .
serius , pengalaman puasa kat sekolah memang takkan dilupakan . so , aku rasa
entry ni memang panjang la kot sebab aku tetiba rajin untuk bercerita satu
persatu kenangan kenangan yang ada dengan aku J so ,
tarik nafas panjang panjang . kalau taknak baca takpe J tak
sentap pun .
Bismillahhirrahmannirrahim
, nawaitu saumaghadin an adaa iffadu ramadhaana , hazihissayatillah hita’ala .
“sahaja aku berpuasa pada bulan ramadhan wajib ke atas aku kerana Allah taa’la”
Ramai
yang tertunggu tunggu kan untuk niat puasa ni . hm , begitu juga dengan aku .
tiap2 tahun aku tunggu kedatangan bulan ramadhan yang penuh barakah . nanti
macam-macam gelagat yang aku nampak dalam kalangan kawan-kawan aku untuk
menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar
hingga terbenam matahari J
Yang
pertama-tama : bangun sahur
Haaa
yang ni memang sangat laa ligat . untuk pengetahuan semua , aku mmg rajin untuk
bangun sahur ni . tapi kadang-kadang bila dah sampai mood malasnyee tuu ,
memang tak turun laa aku . bangun, minum air masak, kurma sebijik , settled.
Hahaha :D serius . kadang kadang bila malam nak tidur tuuu , sampai berpakat
nak tidur ramai-ramai konon esoknya sahur senang nak bangun . tapi kalau sorang
tak bangun , hampeh . semua ke laut .
Kadang-kadang aku pernah gak
diorang pesan utk kejutkan diorang memandangkan aku ni jenis yang senang terjaga
. so , bila aku bangun pagi utk sahur tuu , aku siap pergi round satu bilik ke
bilik to those yang pesan kat aku suruh kejut diorang . kadang kadang , budak2
ni ade bunyikan siren pukul berapa-ntah-aku-tak-ingat :P tapi selalunya ,
kitorang turun awal sket bagi mengelakkan junior junior yang ade ataupun
bertentang mata dengan jejaka-jejaka di meja seberang. Ceh kononnya nak
sembunyikan muka yang ala-ala still sangap lagi nak tidoo . haha makann pun
layu jee .
Tu dulu best . sbb makan free .
kadang-kadang bila dah bangun tuu , sanggup laa tunggu budak2 yang dh pergi
sahur tuu Tanya dewan selera (DS) tuu sediakan lauk apa . choii , kalau ikan
sume sanggup laa lenakan diri tuu balik . hahha . tapi kadang2 nasib tak baik
gak . turun2 je lauk ikan . hahhaa . ade yang sanggup tak makan (aku lettew) . pastu
tunggu membe makan then naik balik dan terus tido menunggu siren seterusnya utk
turun ke surau solat subuh berjemaah :’)
Kadang-kadang ade part yang best
sahur ni . bagi yang ade crush tuu , malam tuu dah janji esok nak turun sahur
pukul berapaa sume . kadang-kadang tak janji pun . tetbe turun-turun je dah ade
. tak ke senyum lebauuu ke nanti (aku lagi lettew) . bab macam mana nak janji
tuu korang pepaham jelaa . budak hostel . yang tak baik sangat macam aku ni ,
of kos laa bawak phone . kahkahkah . alah macam korang korang yang baca ni tak
penah buat :P
Hmm , ni je dah cite pasal sahur
. dah aku dah penat . nanti aku sambung lagi . nak layan korea . bye !
20 July 2012
22:46

Comments