Life Update 2 : Berkahwin

~ setelah hampir setahun berlalu ~

Hi and Assalammualaikum !

Malas nak cakap sorry sebab lambat update ke ape sebab blog ni mana ada readers ! aku sorang je peminat setia amoyykacak ! hahahhaa. okay kali ni just straight to the point aku nak cerita life update aku yang seterusnya, KAHWIN ! yeay !

Haa dulu kalau baca post2 aku yang lama mesti macam aku asek nak fikir pasal relationship laa ape la kan. now aku dah selamat dah berkahwin ! dah setahun 5 bulan dah chuools, alhamdulillah :)

So ! aku nak cerita laa serba sedikit tentang perjalanan aku sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

SEBELUM -- kayy sebelum berkahwin ada beberapa proses yang kau kena buat. aku listkan as point je laa eh :

1. pergi kursus kahwin - yang ni wajib kayy ! kalau kau tak g kursus kahwen kau takkan dapat sijil tu pastu senang cite kau tayah la kawin hahaha
2. daftar kahwin - yang ni kau kena laa daftar untuk berkahwin. camne nak daftar tu, kau kena refer dengan majlis agama islam tempat kau. ada yang boleh daftar online, ada yang kena manual. so g buat research sendiri k. takkan itu pon nak kena suap.
3. preparation - haa yang ni kau nak kawen kau kena laa buat preparation dari segi wang hantaran, dulang hantaran, baju c, baju sanding dan segala-galanya laa. aku malas nak cite. kau boleh search lain blog kalau nak tahu persiapan perkahwinan ye. oh persiapan mental pon kau jangan lupa ! ingat kawen sesaje je ke ape.

haa dah settle semua tu, kau tunggu je laa hari kejadian k.

SEMASA -- hat ni yang penting. hari bersejarah kau ni.

1. paling cliche kau dengar "pengantin mesti kena cukup tido" kan ? hareeemmm, aku tido bape jam je hokayy. lagi aku ni anak sulung, so nak tak nak banyak laa keje kena buat. tapi kalau kau dapat tido yang cukup sebelum hari kejadian lagi bagus.
2. kau kena tenang - tenang hadap mak ayah kau, tenang hadap bakal suami/isteri kau. macam aku, aku tak tenang weyyhh ! haha aku nikah pukul 6 kan, pukul 2 lebih before nikah tu, aku boleh hambun nangis sengsorang dalam bilik. macam2 perasaan aku rasa time tu and takde sape pon tahu aku nangis gila2 time tu hehe
3. time nikah - selalu as perempuan, once suami kau settle akad, kau mesti ada perasaan terharu nangis semua kan ? cam aku, aku chill je. mak aku yang leleh ahaha aku tak leleh sebab dah leleh dulu pukul 2 lebih tadi tuu. so chill okayy chill. oh ! kalau kau taknak makeup kau rosak, jangan laa nangis. ramai membe aku makeup nikah rosak sebab nangis lololol.
4. sanding - weyh sanding paling memenatkan hokay ! kau nak kena senyum kena layan orang dari pagi sampai petang ! mental kau pls be well prepared okay !
5. bertandang - aku ada pengalaman pahit sikit time before majlis bertandang ni which is ayah aku warded ke hospital weyy malam esok aku nak bertandang tuu. habis bengkak mata aku nangis2. sebab ayah aku sakit perot yang teramat ! sedihh if aku ingat balikk :'(

so dah habis segala majlis, maka habislahh majlis perkahwinan kau yang berjaya dihabiskan sejumlah wang yang fuhh ntah laaa.

SELEPAS -- haaa dah lepas habis majlis tu kau g laa honeymoon ! pergi laa kenal sedara-mara belah laki/bini kau. and partner kau pon kena mainkan peranan ! jangan dok diam je sampai kita nak kenalkan diri sendiri lol bapak segan.

haa aku rasa itu je laa kot aku punya pengalaman untuk majlis kahwin aku. kalau kau nak yg lain, kau boleh google laa eh majlis perkahwinan hanis zalikha ke sape ke haha kk takde mengena.

okay dah ! bye :D


Comments